Author: Stacy Ann
•9:53 AM
"Jangan lupa balik sini tau. Kalau boleh, balik cepat cepat. Aku bosan lah kat sini seorang seorang. Cath pula dah pergi Scotland." Pesan Ana kepada Shireen apabila dia menghantar kawannya itu ke LCCT.


"Ye, cik puan. Nanti bila saya nak balik sini, saya bagitau," jawab Shireen sambil tersenyum melihat kawan sebiliknya itu. Sepanjang enam bulan mengenali Ana, dia cukup suka dan senang dengan kawan barunya itu. Bagi Shireen, Ana adalah seorang yang rendah diri walaupun dia anak seorang tokoh korporat yang terkenal. Pertama kali dia mengikut Ana balik ke rumahnya di Damansara, dia terpegun melihat betapa besarnya rumah tersebut sampai dia tergamam. Ibu bapa Ana juga orang yang rendah diri dan sederhana. Mereka tidak menunjuk nunjuk kekayaan yang dimiliki. Setiap hari, Ana akan membawa Myvi hitamnya ke kuliah selepas dia menurunkan kawan kawannya yang lain. Memandangkan blok kuliah Kejuruteraan berada di luar kampus, memang wajar bagi Ana untuk membawa keretanya. Jika hanya mengharapkan bas universiti, memang lambat lah jawabnya.


"Baik engkau boarding sekarang. Dah calling tu." Shireen tersentak dari khayalannya apabila Ana menyikunya.


"Bah. Saya jalan dulu." Shireen menjawab dengan loghat Sabahnya sambil memeluk kawannya itu. "Apa apa saya call nanti. Jaga diri baik baik," pesan Shireen sebelum masuk ke balai berlepas.


Shireen adalah kawannya yang terakhir pulang untuk cuti semester. Feeza awal-awal lagi sudah pulang ke Ipoh. Selepas kertas terakhirnya habis, malam itu juga dia balik menaiki bas ekspres. Jessica pula pulang ke Sarawak dua hari selepas Feeza pulang ke Ipoh. Dia ingat lagi bukan main seronok Jessica pada hari sebelum dia balik. Memang tidak lena tidur kerana terlampau teruja.


Selepas melihat Shireen masuk ke balai berlepas, Ana berganjak untuk menuju ke pintu keluar. Tanpa dia sedari, di sanalah juga dia bertemu dengan seseorang yang akan merubah kehidupannya untuk selama lamanya.


"Oi, beg hang nak tinggai kat sini ja ka?" Jerit salah seorang daripada sekumpulan kawan kawan yang menaiki teksi. Ternyata yang disebut itu begitu teruja untuk menaiki kapal terbang sampai beg pun terlupa.


"Sorry sorry. Excited sangat ni nak balik. Tambah lagi naik kapal terbang. Tak payah aku tunggu lima jam nak sampai Alor Setar," jawab empunya beg tersebut sambil mengangkat begnya dari ruang teksi.


"Ye lah tu. Kalau ye pun, jangan lah tinggaikan beg hang macam tu. Kalau kena angkut orang apa hang nak cakap? Tak sabar nak balik konon. Tak sabar nak balik ke tak sabar nak jumpa buah hati?" Sindir kawannya tadi.


"Ye lah. Ye lah. Dah nak balik pun membebel macam makcik. Memang aku nak balik jumpa mak aku. Dan .... jumpa buah hati sekali," empunya beg itu mengomel dan tersenyum senyum. "Sim, hang balik Ganu bila balik sini lagi?" Dia bertanya kepada kawannya yang berdiri di sebelah.


"Hujung bulan rasanya." Kawannya menjawab. "Kau bila balik sini?"


"Aku balik awal rasanya. Naik bas. Malas nak berebut dengan orang jadi aku balik awal." Dia berpaling pula kepada kawannya yang seorang lagi. "Oi tokei. Hang bila pula balik sini?"


"Aku biasa lah. Ikut tiket kapal terbang. Balik sekali dengan bini aku." Kawannya yang seorang itu menjawab dan tersengih. "Aku pergi dulu. Dah final call. Nanti sampai sini aku call." Kawannya berkata sambil bersalam dengan semua kawan kawannya sebelum melangkah masuk ke dalam balai berlepas.


"Jalan elok elok. Jangan sampai terlanggar orang. Kalau terlanggar anak dara orang susah. Tak ada insurance coverage tu." Sakat empunya beg tadi selepas bersalaman dengan kawannya. "Semua orang dah balik. Lepas tu sebulan baru lah kita jumpa lagi." Dia berkata dengan hibanya.


"Awat hang ni? Tiba tiba sedih. Kalau hang rindu kat aku, hang pi bawak kereta mai Penang jumpa aku. Habis cerita." Kawannya yang berdiri di sebelah berkata sambil menepuk bahunya. Kawan yang seorang lagi tergelak melihat gelagat mereka berdua.


Ana Farhanna yang berjalan membelakangi mereka tidak boleh menahan ketawa bila dia mendengar celoteh empat orang sekawan itu. Dia tersenyum kambing seorang diri. Dia menoleh untuk melihat kelibat tuan punya suara yang riuh tersebut. Pasti student yang balik cuti, bisik hati kecilnya. Tanpa dia sedari, dia sedang diperhatikan oleh seseorang. Mata tersebut memandangnya sampai dia hilang dari pandangan.


"Lawa juga awek tu." bisik tuan punya beg tadi kepada dirinya sendiri.


"Oi, jom masuk. Kapal terbang tak tunggu orang." Dia tersentak dari lamunannya. Dia tersenyum seorang diri sambil mengangkat begnya lalu masuk ke balai berlepas bersama sama kawan kawannya. Bayangan perempuan yang diperhatikan tadi tinggal bayangan semata mata. Mana mungkin dia akan berjumpa dengan perempuan itu lagi.


Seperti Ana, dia juga tidak sedar bahawa dia sudah berjumpa dengan seseorang yang akan merubah segala galanya. Hanya menunggu hari dan tikanya mereka akan bertemu semula. Yang pasti, hidup kedua dua mereka akan merubah sama sekali dan tiada siapa akan menyangka begitu.
Author: Stacy Ann
•8:20 AM
Enam bulan telah berlalu, tiba masanya untuk semua pusat pengajian tinggi menghadapi peperiksaan akhir semester sebelum sesi pembelajaran bercuti semester. Pada masa inilah semua pelajar tekun mengulangkaji pelajaran mereka. Boleh dikatakan semua tempat lepak para siswa siswi kosong disebabkan semua ingin mengulangkaji. Suasana kawasan asrama pun sunyi sepi tanpa gelak ketawa penghuni penghuninya. Jika ada pun, mereka mengambil angin atau tengah merehatkan minda. Sebab peperiksaan begini lah permulaan untuk melihat sejauh mana mereka boleh memahami apa yang dibelajar selama enam bulan dan keputusan dari peperiksaan inilah yang akan menentukan kelas ijazah mereka apabila tamat pengajian nanti.


Ana serta teman sebiliknya tidak terlepas daripada peperiksaan yang akan menentukan pencapaian mereka untuk sesi tersebut. Masing masing menghadap timbunan buku dan nota nota kuliah. Masing masing ingin mendapat gred serta CGPA yang tertinggi. Jika dulu, bilik mereka akan riuh dengan gelak ketawa, kini suasana bilik itu menjadi serius. Yang berbunyi hanyalah bunyi radio Jessica yang sememangnya dipasang untuk tidak menjadikan keadaan begitu stres. Lagipun, dia suka mendengar radio sambil mengulangkaji. Tetapi dia tahu untuk memperlahankan bunyi radio tersebut supaya tidak menganggu kawannya yang lain.


Pada malam sebelum peperiksaan bermula, Ana berdoa agar dia diberi kekuatan dan kebijaksaan semasa melalui peperiksaannya. Dia seboleh bolehnya tidak mahu menghampakan dirinya sendiri dan juga menghampakan impian kedua orang tuanya. Lama dia bersujud di atas tikar sembahyangnya apabila teman teman sebiliknya masuk untuk mengajaknya pergi makan malam.


"Ana, ada orang kirim salam kat awak." Jessica memberitahu sambil meletakkan pinggan makanannya di atas meja. Ana memandangnya dengan riak wajah yang penuh dengan persoalan. Dua teman sebiliknya pula memberikan reaksi ingin tahu siapakah yang baru diperkatakan oleh Jessica.


"Siapa?" Ana bertanya.


"Budak kelas saya." Jawab Jessica bersahaja.


"Wah! Ana. Sampai budak Medic yang building diaorang jauh dari building engkau pun boleh tahu pasal engkau?" tanya Shireen sambil tersenyum kambing.


"Ye lah tu. Pandai aja engkau engkau ni.Tak kan lah budak Medic boleh kenal budak Engineering yang building dia kat luar kampus." Sahut Ana seolah olah bersetuju dengan kenyataan Shireen tadi.


"Ala Ana. Kalau hati dah berkenan sampai hujung dunia pun orang tu akan cari. Tak begitu Jess?" Feeza berkata menyokong seratus peratus Jessica. "Lagipun Ana, engkau tu lawa. Tinggi pula tu. Siapa yang tak teruja," tambah Feeza lagi sambil tersengih sengih.


"Jess, bagitau lah nama pemuda yang bertuah ni. Nak juga kitaorang ni tau. Mana tau kalau si Ana kita ni tak berkenan. Boleh juga pass kat kitaorang ni. Walaupun kitaorang tak setinggi dan selawa cik Ana Farhanna kita ni." Shireen menambah minyak sambil tersengih sengih.


"Nama dia Azizan. Hensem. Tinggi. Putih. First time saya tengok dia dalam kelas, memang saya minat kat dia. Tapi... ye lah. Siapa yang nak pandang kat saya ni. Saya bukannya tinggi dan lawa macam cik Ana kita ni...."


"Hoi hoi hoi.....setiap sifat fizikal kita adalah kurniaanTuhan kepada kita. Dah. Si Azizan engkau tu. Pernah ke dia tu nampak aku? Atau engkau tu saja nak serkap jarangkan aku?" Ana bertanya sambil mengunyah makanannya. Teringat dia pesanan ibunya supaya jangan bercakap dengan mulut yang penuh. Tapi seperti biasa, dia akan terlupa.


"Laaa....kan kita semua orientasi pada hari yang sama. Mestilah dia pernah nampak awak. Dia kata lagi, dia selalu nampak awak kat library." Jelas Jessica sambil mengangkat bulu keningnya sambil tersengih sengih.


"Amboi Ana. Boleh tahan engkau. Pergi library pun ada peminat. Aku ni hari hari pergi library pun tak ada orang yang minat. Dah lah lecture hall kat tengah tengah kampus tu pun tak ada orang yang berminat." Tambah Feeza seolah olah mengeluh dengan nasibnya itu.


"Wow. Macam iklan Brands tu. Yang lelaki tu nampak mata perempuan tu and then terus jatuh hati." tambah Shireen lagi sambil menepuk tangannya


"Ye ke? Tak tau pula aku. Aku pergi library sebab nak cari rujukan. Bukannya nak mencari jodoh cik kak oi." Sahut Ana. "Tapi kan Jess. Engkau bagitau kat ...siapa nama dia? Azizan? Azizi? Lain kali kalau pergi library tu, buka mata tengok buku. Bukan tengok awek. Lagi satu, kalau kirim salam macam ni, aku tak main lah. Kalau nak, suruh dia datang jumpa aku face to face." Tambah Ana lagi sambil melihat reaksi Jessica yang sedang seronok mengunyah makanannya.


"Amboi Ana. Sampai tahap macam tu sekali?" Feeza menjawab apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Ana.


"Sebab aku pun nak juga tengok rupa dia macam mana. Tu lah aku suruh dia datang tunjuk muka kat aku. Kalau setakat tengok aku kat library, ramai je yang tengok aku kat library. Maner tahu nanti mata dia juling ke, gigi dia rongak ke. Siapa nak menjawab?" Ulas Ana lagi. "So, Jess? Engkau rasa rasa boleh sampaikan tak mesej aku kat kawan engkau tu?" Tambah Ana sambil melihat Jessica lagi.


"Besok akan aku khabarkan kat Azizan. Tengok reaksi dia macam mana. Mau terkencing seluar mamat tu." Jessica ketawa besar apabila mendengar pesanan Ana yang sedemikian rupa.
Author: Stacy Ann
•8:06 AM
Seminggu sudah berlalu dan semua orang sibuk dengan kuliah dan tugasan masing masing. Ana juga tidak terlepas dari tugasannya. Siang dia akan ke kuliah dan malam pula dia akan menghabiskan masa menelaah pelajarannya. Begitulah jadual sehariannya. Semenjak sesi orientasinya tamat seminggu yang lalu, dia telah menpunyai ramai kawan baru di kampus. Ada di antara mereka mengambil kursus yang sama dengan Ana. Ada yang berlainan kursus. Sepanjang berada di tinggal kampus ,Ana sudah pandai menyesuaikan dirinya dengan keadaan di sana. Namun demikian, ibunya tetap risau dengan anak gadisnya yang tinggal berjauhan dengannya.



"Mama, campus is only a drive away. Setengah jam aja. Bukannya dua tiga jam. Besides, Ana baru aja balik rumah hari minggu hari tu, kan?" Dia memujuk ibunya yang terlalu risau akan kebajikannya di kampus.


"Bukan apa, Ana. Ana satu satunya anak Mama dan Baba. Kalau Ana tak ada, bertambah sunyi rumah ni. Lagipun mesti bilik asrama tu tak sebesar dan seselesa bilik Ana tu. Dan makanan kat kampus sudah pasti tak sesedap masakan Mak Jah." Ibunya seakan akan memujuknya supaya bertukar fikirannya untuk berulang alik dari rumah mereka di Damansara.



Walau bagaimana sekalipun ibunya memujuk, Ana tetap dengan keputusan untuk tetap tinggal di asrama. Semenjak dia tinggal di asrama, dia sudah mula menyukainya. Di sana, dia ditemani oleh kawan kawan barunya. Sekurang kurangnya dia tidak berasa kesunyian. Walaupun, di asrama keadaannya tidak lah seselesa di rumah sendiri, namun dia amat gembira kerana dia mendapat pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Lagipun, di sana lebih mudah untuk mencari bahan rujukan untuk tugasan tugasannya.



Kadang kala kalau dia tidak pulang ke rumah, hujung minggunya dipenuhi dengan aktiviti di kolej atau keluar berjalan jalan dengan kawan kawan barunya. Kali terakhir dia balik ke rumah, ibunya sudah memaksanya untuk membawa keretanya sendiri supaya senang dia balik atau pergi ke kuliah. Untuk tidak menghampakan ibunya, Ana akhirnya terpaksa akur dengan kehendak ibunya.



"So Ana, tell me how was campus? Anyone interesting?"tanya rakan baik, Catherine Smith. Catherine merupakan kawan baik Ana dari kecil lagi. Mereka membesar bersama sama, bersekolah yang sama dari rendah sehingga menengah. Namun begitu, Catherine telah memilih untuk balik ke Scotland dan menyambung pelajarannya di sana. Lagipun, neneknya memang berada di sana. Pada masa Ana telah mulakan sesi pembelajarannya, Catherine masih berada di ibu negara oleh kerana sesi pembelajaran di UK berbeza daripada sesi pembelajaran di sini.



"Campus is alright. It was a lot of fun actually. With all the new friends. Hostel is also a lot of fun. Eventhough it only has 6 bathrooms for the entire floor and 5 toilets, it was okay for me." Jelas Ana. Tiba tiba dia tergelak apabila melihat reaksi kawannya yang terlopong mendengar cerita mengenai asramanya. "It's not that bad, Cath. You just need to have your timing right. That's all." Jelas Ana lagi.



"But 6 bathrooms and 5 toilets for like how many people? Why don't you just stay at home and go from home?" Tanya Catherine bertalu talu. Dia sudah berbunyi seperti Mama, bisik Ana di dalam hati.



"It's the experience, Cath. It's not something someone can get everyday. Especially people like us. You know what I mean, right?" Jelas Ana lagi.



"That's what make me amazed with you. You would give up living in that huge house and chose to stay in a cramp hostel." Catherine melihat kawan baiknya sambil tersenyum. Ana juga membalas dengan senyuman.



"You sounded like Mama a while ago. She was and still skeptical about me living in the hostel. And now she made me bring the car to campus." Ana menunjuk keretanya yang diletak di luar kedai dan kedua duanya tergelak apabila terkenang balik ibu Ana yang sikap yang cepat risau itu.



"So, tell me about campus minus the hostel. I think I've heard enough about the hostel. Tell me about the lecturers, the students. Is there anyone interesting there?"
Author: Stacy Ann
•9:37 AM
1998




Ana Farhanna binti Borhan boleh dikatakan cukup bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yang cukup sempurna. Dikurniakan dengan ketinggian bak seorang model, wajah persis anak kacukan mat saleh dan kulit yang putih gebu, dia boleh dikategorikan sebagai seorang yang lawa dan sering menjadi tumpuan setiap lelaki yang memandang. Sebagai anak tunggal dalam keluarga, dialah anak emas kepada kedua ibu dan bapanya. Apa sahaja yang diingini pasti akan diperolehi.


Sejak kecil, dia sudah dihantar ke international school. Bukan setakat dikurniakan dengan wajah yang cantik, Ana juga seorang pelajar yang pintar and seorang yang lasak. Tempat permainannya, lapangan memanah. Kalau dia tidak memanah, dia akan ke Bukit Kiara untuk menunggang kudanya.


Pada tahun itu, dia bakal meninggalkan zaman sekolah menengahnya dan melangkah masuk ke alam universiti. Walaupun berasal dari Kuala Lumpur, dia sengaja memilih untuk tinggal di asrama. Selama ini dia tidak pernah merasa tinggal di asrama. Mungkin ini bakal menjadi pengalaman yang penuh bermakna untuknya. Daripada tiada pengalaman langsung, baik dia rebut peluang yang ada ini. Sungguhpun, tinggal di asrama bermakna dia akan berjauhan dengan keluarganya namun dia bertekad untuk menimba pengalaman baru. Lagipun, setiap pelajar Tahun 1 diwajibkan untuk tinggal di asrama.


Selepas bersusah payah menyakinkan kedua orang tuanya untuk melepaskan dia tinggal di asrama, akhirnya, dia berjaya juga. Pada hari pendaftaran di pusat pengajian tinggi awam di ibu kota, dia diberitahu bahawa akan berkongsi bilik bersama-sama tiga orang pelajar yang baru. Selesai sahaja sesi pendaftaran, dia terus mencari blok asrama barunya. Sepanjang perjalanan dari dewan besar ke blok asrama, dia dapat melihat pelbagai kerenah siswa dan siswi. Ada pelajar baru sepertinya. Ada yang lebih senior. Walau siapapun mereka, dari mana asal mereka, yang pasti semuanya mempunyai impian masing masing. Mereka ingin keluar dengan segulung ijazah. Tatkala jauh dari keluarga, kawan kawanlah yang menjadi keluarga. Merekalah tempat mengadu suka duka, susah senang diharungi bersama. Senyuman terukir di wajahnya bila dia melihat apa yang bakal dia harungi.


Sampai sahaja di hadapan blok asramanya, Ana dapat merasa debarannya semakin kencang. Dia tersenyum apabila dia melihat rumah barunya. Akan tetapi ibunya kelihatan keberatan untuk melepaskan anak kesayangannya itu untuk tinggal di asrama. Maklumlah itu adalah kali pertama dia akan berjauhan dengan anak kesayangannya. Tambahan pula, asrama tersebut kelihatan sesak dengan penghuninya.



"Ana pasti nak tinggal di asrama and not at home dengan kitaorang?" Ibunya berkata tanpa mengalih pandangannya dari asrama baru Ana. Dia melihat penghuni asrama yang sibuk dengan aktiviti masing masing. Dia terperanjat apabila tiba tiba mendengar ader penghuni asrama yang ketawa dengan kuat.



"Mama, relaks. Nanti hujung minggu Ana balik rumah." jawab Ana sambil melangkah keluar dari kereta. Sebaik sahaja dia melangkah keluar dari kereta dan mengangkat barang barangnya, dia dapat rasakan yang banyak mata yang memandang ke arahnya. Ada juga yang berbisik sesama sendiri. Dia senyum seorang sendiri dan memilih untuk tidak menghiraukan mereka. Pasti mereka sedang berfikir mengapa anak orang berada sepertinya, berkereta mewah beria-ia ingin tinggal di asrama seperti ini. Apabila pemandu ingin menolongnya mengangkat barang barang dengan pantas dia menggelengkan kepala. Seboleh-bolehnya, dia ingin berdikari. Lagipun, selepas ini, dia akan keseorangan.


"Kalau Ana nak apa apa, bagitau Baba. Kalau nak balik rumah, nanti Baba suruh Haji jemput." Dia senyum ke arah kedua orang tuanya. "Baiklah. Baba dan Mama balik dulu. Ingat pesan Baba. Kalau Ana nak apa apa, bagitau." Ana mengangguk kepalanya lagi sambil mencium tangan ayah dan ibunya. Setelah kelibat kereta ayahnya hilang dari pandangan, barulah dia mengangkat barang barangnya dan mencari bilik barunya. .

"5483. Ini dia." Dia berdiri di hadapan bilik barunya sambil mengambil nafas yang panjang. Perlahan lahan dia membuka tombol pintu. Dari pintu dia boleh terdengar gelak ketawa orang di dalam bilik. "Excuse Me. Ini bilik 5483, bukan?" Dia berkata perlahan. 3 pasang mata memandang ke arahnya lalu tersenyum lebar.


"Awak mesti budak baru yang mereka katakan tu, kan?" Salah seorang daripada mereka bertiga berjalan ke arahnya sambil menghulurkan tangan. Mereka seolah olah memang menantikan kedatangannya. "Nama saya Shireen. Yang itu Jessica, student Medic dan yang seorang lagi tu Feeza, architecture. Saya pula student Accounting. Selamat datang. Jangan risau. Semua kita ni first year." Ana perhatikan senyuman yang dilemparkan oleh Shireen itu manis dan ramah termasuk mereka berdua yang sedang duduk di atas katil. Dia hairan apabila mendengar loghat Shireen. Macam orang Indon, bisik hatinya. "Ermm... kalau kau tak kisah, semua tempat atas sudah diambil. Kau tak kisah tidur di bahagian bawah?" Dia berkata lagi sambil menunggu reaksi dari Ana. Ana hanya tersenyum dan menggelengkan kepala. "Cool. Nanti bolehlah kita pergi ke sesi orientasi kita yang pertama." Dia senyum lagi sambil menolong mengangkat barang barangnya.



Shireen adalah seorang pelajar yang berasal dari Sabah berketurunan Cina Kadazan. Dia amat fasih berbahasa Malaysia. Namun begitu loghat Sabahnya tetap pekat di lidah anak gadis itu. Jessica pula berasal dari Sarawak berketurunan Iban manakala Feeza adalah anak gadis yang berasal dari Ipoh. Dia telah lama berada di universiti itu sejak dari matrikulasi lagi jadi dia amat fasih tentang segala jalan dan tempat di kampus.



"Nama saya Ana Farhanna. Panggil saya Ana aja. Saya student Civil Engineering." Ana memperkenalkan dirinya. "Thanks." dia mengucapkan terima kasih apabila Shireen telah habis mengangkat barang barangnya. "Not bad.” Walaupun ia tidak lah seselesa katil dan tilamnya di rumah tapi selagi dia boleh lelapkan mata selepas sehari suntuk memerah otak,dia tetap bersyukur dengan apa yang ada.



"Oh. Bilik air dengan bilik mandi di hujung sana. Ada 6 petak bilik mandi dan 5 petak bilik air. Awak kena cepat cepat ambil giliran untuk mandi dan sebagainya." Jessica berkata kepadanya. Ana terkejut sampai tidak terkata apa apa. Ana hanya mampu membuat pergerakan tangan kerana mulutnya terlopong luas. Jessica tergelak melihat reaksinya. "Betul. Aku tak tipu," dia berkata lagi.



"Sabar Ana. You have come this far and you will make it. Think of the fun and excitement." Hati kecilnya berbisik memberi semangat kepada dirinya sendiri. Dia melihat mereka bertiga di hadapannya dan hanya tersenyum perlahan. Oleh kerana dia sendiri yang mengambil keputusan untuk tinggal di asrama maka dia terpaksa akur dengan segala kemudahan yang ada. Dia tidak boleh menganggap yang asrama mempunyai bilik mandi persendirian macam di rumahnya sendiri.



"Tell us, Ana. Kenapa orang berada macam you ni nak masuk public uni macam ni dan tinggal kat hostel? I thought ramai anak orang berada suka pergi overseas or private college. So, kenapa public uni and kenapa hostel?" Feeza bertanya sambil duduk di sebelahnya. Dia senyum melihat kawan kawan barunya itu. Ternyata mereka betul betul ingin tahu tentang keputusan mengejutnya. Ayah dan ibunya pun terkejut bila mendengar keputusannya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti awam dan tinggal di asrama.


"UPM? Why UPM, Ana? Ana dari international school dari kecil. Kenapa tiba tiba nak masuk UPM? What's wrong with Nottingham U?" Ayahnya terkejut apabila dia mendengar keputusan anak gadisnya yang ingin menyambung pelajarannya ke universiti awam.


"Yes, Ana. What's wrong dengan Nottingham U? Baba grad dari sana. Mama pun grad dari sana. It's tradition." Ibunya menyokong kata kata suaminya. Seperti suaminya, dia juga terkejut dengan keputusan Ana yang ingin ke universiti awam tempatan.


"Ba, Ma." Ana memegang tangan kedua orang tuanya. Dia tahu dari awal lagi mesti ibu bapa nya akan terkejut dengan keputusannya itu. "What's wrong with UPM? It's still a uni. I'll still be going out with a degree, right?" Terdiam kedua orang tuanya. "Kalau Ana pergi jauh jauh, Mama dan Baba juga yang akan rindu kat Ana. Ini Ana dah dekat, Ana boleh balik rumah jenguk Mama dan Baba." Bersungguh sungguh dia cuba menyakinkan ibu dan ayahnya.


"Hostel?" Ibunya mencuba sedaya upaya untuk memujuk Ana supaya tinggal di rumah dan turun ke kuliah dari rumah.


"Mama, masa Mama dengan Baba kat Nottingham dulu pun tinggal hostel, kan? And the both of you came out fine. So, kenapa Ana tak boleh tinggal di hostel pula? Lagipun, selama ni Ana tak pernah tinggal di hostel. There's always a first time for everything, kan?" terang Ana. Akhirnya kedua ibu bapanya akur dengan keputusannya itu.



"What's wrong dengan public uni? What's wrong dengan tinggal di hostel?" Ana bertanya kepada mereka. Soalan yang sama dia tujukan kepada ayah dan ibunya. "Bagi aku, tak salah kalau masuk public uni and tinggal di hostel. Ijazah tetap sama. Cuma yang berbeza probably pengalaman. I always believe in no matter where you study, you will either come out a good person or a better person." jawabnya. Jawapan yang sama dia jelaskan kepada kedua orang tuanya . "Kita tak boleh nak ikut arus air. Kalau orang tu suruh you terjun, you akan terjun tanpa berfikir panjang?" Tanyanya lagi sambil melihat riak wajah kawan kawan barunya. Mereka mula menganggukkan kepala mereka tanda setuju dengan apa yang aku katakan.



"Hey. Cakap punya cakap. I think we better hurry. Nanti terlambat pula untuk orientasi." Shireen tiba tiba berkata. Ana melihat jam loceng yang diletakkan di atas meja sebelah katilnya. Hampir ke pukul 5 petang. Melihat semua kawan kawannya bergegas ke bilik mandi, dia turut bergegas sekali. Yang penting, dia tidak mahu lewat untuk sesi orientasinya . Hari pertama sebagai seorang siswi. Hari pertama di kampus dan hari pertama tinggal di asrama. "Aku pasti berjaya mengharungi segala galanya". Hati kecilnya berkata seolah olah memberi semangat kepadanya.
Author: Stacy Ann
•9:39 PM
“Allahuakhbar Allah ...huakhbar Allah … huakhbar....lailahaillah hu Allah hu akhbar...Allahuakhbar walillah ilham”



Terdengar takbir Raya di kaca televisyen. Dalam diam sudah 4 tahun aku menetap di kota London ini. Jauh daripada segalanya. Jauh dari keluarga. Jauh dari teman teman. Di sini bermula kisah hidup aku sebagai seorang perantau. Aku berbekalkan dengan tiada apa apa selain daripada keazaman dan semangat yang cekal dan tabah. Tabah dan cekal untuk meneruskan hidup yang sebatang kara. Bukan kehendakku untuk jadi begini tapi aku terdesak. Terdesak dengan keadaan. Terdesak untuk tidak memalukan dan menconteng arang ke muka orang tuaku. Aku masih ingat lagi pertanyaan Shireen bila aku menyatakan keputusanku untuk menetap di sini.


"Kau dah fikir masak masak keputusan kau?"


Aku mengangguk. Di hati kecilku aku mengeluh panjang sambil melihat dan mengusap perutku yang akan kian membesar dalam beberapa bulan ini. Keputusanku muktamad. Aku harus pergi jauh dari sini secepat mungkin sebelum ia memboyot besar.


"Kau tak nak bagitau die pasal kandungan tu?" Dia bertanya lagi. Aku menggelengkan kepala."Kenapa? Ini anak dia? Kau tak rasa dia berhak...."


"Tak. Dia tak berhak sama sekali. Aku yang akan putuskan samada dia berhak atau tidak atas anak ini." Akhirnya aku bersuara. Shireen terdiam mendengar jawapan ku. Agaknya dia sudah mengagak aku akan berkata demikian. Agaknya dari tona suaraku, dia dapat mengagak yang aku kesal atas segala yang berlaku. Kalau lah aku tahu kesudahan semua ini, sememangnya aku akan mengelak daripada tergebak ke dalam kekalutan ini.


"Habis? Kau nak biarkan macam tu?" Aku mengangguk dan mengeluh panjang lagi. "Kau tahukan yang saya sentiasa akan menyokong apa saja keputusan kau? Orang macam tu memang tak layak untuk menerima kasih sayang daripada sesiapa pun" Aku menoleh ke arah kawan baikku. Aku tahu dia seperti aku kecewa dengan sikapnya. "Habis madu sepah dibuang." kata Shireen lagi. Seperti aku, Shireen pun tidak menyangka sama sekali yang dia sanggup buat aku sebegitu rupa. Setelah sekian lama kami berkawan, memang tidak kami sangka dia akan bersikap sedemikian rupa. Betul kata orang, tiada benda yang kekal abadi. Hubungan yang pada awalnya dibina atas dasar cinta musnah dengan tiba tiba atau aku yang bertepuk sebelah tangan. Aku sendiri tidak tahu. Aku merenung jauh. Hatiku terasa sakit yang teramat sangat. Kelopak mataku sudah mula membentuk air mata yang akan gugur jika aku benarkan.

"Sudah lah. Nasi dah menjadi bubur. Nak buat macam mana. Tak guna nak cakap lagi. Aku tahu kau masih sakit hati tapi dia dah memilih untuk bersama dengan perempuan tu. Aku rehda, Shireen. Aku pasrah." Aku cuba untuk menyejukkan hati kawanku itu. Aku seboleh bolehnya tidak mahu berbicara mengenai perkara tersebut. Sakit yang teramat sangat kalau diungkit lagi.


Perlahan-lahan aku membuka mataku kembali. Aku melihat keadaan sekelilingku. Sekarang segala galanya sudah banyak berubah. Aku bukannya aku yang dulu. Tetapi ada sesetengah perkara yang tidak akan berubah walaupun setelah sekian lama. Kenangan yang lepas akan sentiasa menemaniku. Namun begitu, kenangan bertahun lalu kembali umpama CD yang rosak. Rasa seperti semalam aku ke sini keseorangan melalui liku-liku hidupku yang baru. Membawa diriku yang patah hati.


"Mommy, how do I look?"


Aku tersentak dari lamunanku dan menoleh ke arah suara yang menyapaku. Mulutku mengukir satu senyuman apabila melihat kelibat anak tunggal ku yang segak menggayakan baju melayunya.