Author: Stacy Ann
•9:37 AM
1998




Ana Farhanna binti Borhan boleh dikatakan cukup bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yang cukup sempurna. Dikurniakan dengan ketinggian bak seorang model, wajah persis anak kacukan mat saleh dan kulit yang putih gebu, dia boleh dikategorikan sebagai seorang yang lawa dan sering menjadi tumpuan setiap lelaki yang memandang. Sebagai anak tunggal dalam keluarga, dialah anak emas kepada kedua ibu dan bapanya. Apa sahaja yang diingini pasti akan diperolehi.


Sejak kecil, dia sudah dihantar ke international school. Bukan setakat dikurniakan dengan wajah yang cantik, Ana juga seorang pelajar yang pintar and seorang yang lasak. Tempat permainannya, lapangan memanah. Kalau dia tidak memanah, dia akan ke Bukit Kiara untuk menunggang kudanya.


Pada tahun itu, dia bakal meninggalkan zaman sekolah menengahnya dan melangkah masuk ke alam universiti. Walaupun berasal dari Kuala Lumpur, dia sengaja memilih untuk tinggal di asrama. Selama ini dia tidak pernah merasa tinggal di asrama. Mungkin ini bakal menjadi pengalaman yang penuh bermakna untuknya. Daripada tiada pengalaman langsung, baik dia rebut peluang yang ada ini. Sungguhpun, tinggal di asrama bermakna dia akan berjauhan dengan keluarganya namun dia bertekad untuk menimba pengalaman baru. Lagipun, setiap pelajar Tahun 1 diwajibkan untuk tinggal di asrama.


Selepas bersusah payah menyakinkan kedua orang tuanya untuk melepaskan dia tinggal di asrama, akhirnya, dia berjaya juga. Pada hari pendaftaran di pusat pengajian tinggi awam di ibu kota, dia diberitahu bahawa akan berkongsi bilik bersama-sama tiga orang pelajar yang baru. Selesai sahaja sesi pendaftaran, dia terus mencari blok asrama barunya. Sepanjang perjalanan dari dewan besar ke blok asrama, dia dapat melihat pelbagai kerenah siswa dan siswi. Ada pelajar baru sepertinya. Ada yang lebih senior. Walau siapapun mereka, dari mana asal mereka, yang pasti semuanya mempunyai impian masing masing. Mereka ingin keluar dengan segulung ijazah. Tatkala jauh dari keluarga, kawan kawanlah yang menjadi keluarga. Merekalah tempat mengadu suka duka, susah senang diharungi bersama. Senyuman terukir di wajahnya bila dia melihat apa yang bakal dia harungi.


Sampai sahaja di hadapan blok asramanya, Ana dapat merasa debarannya semakin kencang. Dia tersenyum apabila dia melihat rumah barunya. Akan tetapi ibunya kelihatan keberatan untuk melepaskan anak kesayangannya itu untuk tinggal di asrama. Maklumlah itu adalah kali pertama dia akan berjauhan dengan anak kesayangannya. Tambahan pula, asrama tersebut kelihatan sesak dengan penghuninya.



"Ana pasti nak tinggal di asrama and not at home dengan kitaorang?" Ibunya berkata tanpa mengalih pandangannya dari asrama baru Ana. Dia melihat penghuni asrama yang sibuk dengan aktiviti masing masing. Dia terperanjat apabila tiba tiba mendengar ader penghuni asrama yang ketawa dengan kuat.



"Mama, relaks. Nanti hujung minggu Ana balik rumah." jawab Ana sambil melangkah keluar dari kereta. Sebaik sahaja dia melangkah keluar dari kereta dan mengangkat barang barangnya, dia dapat rasakan yang banyak mata yang memandang ke arahnya. Ada juga yang berbisik sesama sendiri. Dia senyum seorang sendiri dan memilih untuk tidak menghiraukan mereka. Pasti mereka sedang berfikir mengapa anak orang berada sepertinya, berkereta mewah beria-ia ingin tinggal di asrama seperti ini. Apabila pemandu ingin menolongnya mengangkat barang barang dengan pantas dia menggelengkan kepala. Seboleh-bolehnya, dia ingin berdikari. Lagipun, selepas ini, dia akan keseorangan.


"Kalau Ana nak apa apa, bagitau Baba. Kalau nak balik rumah, nanti Baba suruh Haji jemput." Dia senyum ke arah kedua orang tuanya. "Baiklah. Baba dan Mama balik dulu. Ingat pesan Baba. Kalau Ana nak apa apa, bagitau." Ana mengangguk kepalanya lagi sambil mencium tangan ayah dan ibunya. Setelah kelibat kereta ayahnya hilang dari pandangan, barulah dia mengangkat barang barangnya dan mencari bilik barunya. .

"5483. Ini dia." Dia berdiri di hadapan bilik barunya sambil mengambil nafas yang panjang. Perlahan lahan dia membuka tombol pintu. Dari pintu dia boleh terdengar gelak ketawa orang di dalam bilik. "Excuse Me. Ini bilik 5483, bukan?" Dia berkata perlahan. 3 pasang mata memandang ke arahnya lalu tersenyum lebar.


"Awak mesti budak baru yang mereka katakan tu, kan?" Salah seorang daripada mereka bertiga berjalan ke arahnya sambil menghulurkan tangan. Mereka seolah olah memang menantikan kedatangannya. "Nama saya Shireen. Yang itu Jessica, student Medic dan yang seorang lagi tu Feeza, architecture. Saya pula student Accounting. Selamat datang. Jangan risau. Semua kita ni first year." Ana perhatikan senyuman yang dilemparkan oleh Shireen itu manis dan ramah termasuk mereka berdua yang sedang duduk di atas katil. Dia hairan apabila mendengar loghat Shireen. Macam orang Indon, bisik hatinya. "Ermm... kalau kau tak kisah, semua tempat atas sudah diambil. Kau tak kisah tidur di bahagian bawah?" Dia berkata lagi sambil menunggu reaksi dari Ana. Ana hanya tersenyum dan menggelengkan kepala. "Cool. Nanti bolehlah kita pergi ke sesi orientasi kita yang pertama." Dia senyum lagi sambil menolong mengangkat barang barangnya.



Shireen adalah seorang pelajar yang berasal dari Sabah berketurunan Cina Kadazan. Dia amat fasih berbahasa Malaysia. Namun begitu loghat Sabahnya tetap pekat di lidah anak gadis itu. Jessica pula berasal dari Sarawak berketurunan Iban manakala Feeza adalah anak gadis yang berasal dari Ipoh. Dia telah lama berada di universiti itu sejak dari matrikulasi lagi jadi dia amat fasih tentang segala jalan dan tempat di kampus.



"Nama saya Ana Farhanna. Panggil saya Ana aja. Saya student Civil Engineering." Ana memperkenalkan dirinya. "Thanks." dia mengucapkan terima kasih apabila Shireen telah habis mengangkat barang barangnya. "Not bad.” Walaupun ia tidak lah seselesa katil dan tilamnya di rumah tapi selagi dia boleh lelapkan mata selepas sehari suntuk memerah otak,dia tetap bersyukur dengan apa yang ada.



"Oh. Bilik air dengan bilik mandi di hujung sana. Ada 6 petak bilik mandi dan 5 petak bilik air. Awak kena cepat cepat ambil giliran untuk mandi dan sebagainya." Jessica berkata kepadanya. Ana terkejut sampai tidak terkata apa apa. Ana hanya mampu membuat pergerakan tangan kerana mulutnya terlopong luas. Jessica tergelak melihat reaksinya. "Betul. Aku tak tipu," dia berkata lagi.



"Sabar Ana. You have come this far and you will make it. Think of the fun and excitement." Hati kecilnya berbisik memberi semangat kepada dirinya sendiri. Dia melihat mereka bertiga di hadapannya dan hanya tersenyum perlahan. Oleh kerana dia sendiri yang mengambil keputusan untuk tinggal di asrama maka dia terpaksa akur dengan segala kemudahan yang ada. Dia tidak boleh menganggap yang asrama mempunyai bilik mandi persendirian macam di rumahnya sendiri.



"Tell us, Ana. Kenapa orang berada macam you ni nak masuk public uni macam ni dan tinggal kat hostel? I thought ramai anak orang berada suka pergi overseas or private college. So, kenapa public uni and kenapa hostel?" Feeza bertanya sambil duduk di sebelahnya. Dia senyum melihat kawan kawan barunya itu. Ternyata mereka betul betul ingin tahu tentang keputusan mengejutnya. Ayah dan ibunya pun terkejut bila mendengar keputusannya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti awam dan tinggal di asrama.


"UPM? Why UPM, Ana? Ana dari international school dari kecil. Kenapa tiba tiba nak masuk UPM? What's wrong with Nottingham U?" Ayahnya terkejut apabila dia mendengar keputusan anak gadisnya yang ingin menyambung pelajarannya ke universiti awam.


"Yes, Ana. What's wrong dengan Nottingham U? Baba grad dari sana. Mama pun grad dari sana. It's tradition." Ibunya menyokong kata kata suaminya. Seperti suaminya, dia juga terkejut dengan keputusan Ana yang ingin ke universiti awam tempatan.


"Ba, Ma." Ana memegang tangan kedua orang tuanya. Dia tahu dari awal lagi mesti ibu bapa nya akan terkejut dengan keputusannya itu. "What's wrong with UPM? It's still a uni. I'll still be going out with a degree, right?" Terdiam kedua orang tuanya. "Kalau Ana pergi jauh jauh, Mama dan Baba juga yang akan rindu kat Ana. Ini Ana dah dekat, Ana boleh balik rumah jenguk Mama dan Baba." Bersungguh sungguh dia cuba menyakinkan ibu dan ayahnya.


"Hostel?" Ibunya mencuba sedaya upaya untuk memujuk Ana supaya tinggal di rumah dan turun ke kuliah dari rumah.


"Mama, masa Mama dengan Baba kat Nottingham dulu pun tinggal hostel, kan? And the both of you came out fine. So, kenapa Ana tak boleh tinggal di hostel pula? Lagipun, selama ni Ana tak pernah tinggal di hostel. There's always a first time for everything, kan?" terang Ana. Akhirnya kedua ibu bapanya akur dengan keputusannya itu.



"What's wrong dengan public uni? What's wrong dengan tinggal di hostel?" Ana bertanya kepada mereka. Soalan yang sama dia tujukan kepada ayah dan ibunya. "Bagi aku, tak salah kalau masuk public uni and tinggal di hostel. Ijazah tetap sama. Cuma yang berbeza probably pengalaman. I always believe in no matter where you study, you will either come out a good person or a better person." jawabnya. Jawapan yang sama dia jelaskan kepada kedua orang tuanya . "Kita tak boleh nak ikut arus air. Kalau orang tu suruh you terjun, you akan terjun tanpa berfikir panjang?" Tanyanya lagi sambil melihat riak wajah kawan kawan barunya. Mereka mula menganggukkan kepala mereka tanda setuju dengan apa yang aku katakan.



"Hey. Cakap punya cakap. I think we better hurry. Nanti terlambat pula untuk orientasi." Shireen tiba tiba berkata. Ana melihat jam loceng yang diletakkan di atas meja sebelah katilnya. Hampir ke pukul 5 petang. Melihat semua kawan kawannya bergegas ke bilik mandi, dia turut bergegas sekali. Yang penting, dia tidak mahu lewat untuk sesi orientasinya . Hari pertama sebagai seorang siswi. Hari pertama di kampus dan hari pertama tinggal di asrama. "Aku pasti berjaya mengharungi segala galanya". Hati kecilnya berkata seolah olah memberi semangat kepadanya.
|
This entry was posted on 9:37 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: