Author: Stacy Ann
•9:39 PM
“Allahuakhbar Allah ...huakhbar Allah … huakhbar....lailahaillah hu Allah hu akhbar...Allahuakhbar walillah ilham”



Terdengar takbir Raya di kaca televisyen. Dalam diam sudah 4 tahun aku menetap di kota London ini. Jauh daripada segalanya. Jauh dari keluarga. Jauh dari teman teman. Di sini bermula kisah hidup aku sebagai seorang perantau. Aku berbekalkan dengan tiada apa apa selain daripada keazaman dan semangat yang cekal dan tabah. Tabah dan cekal untuk meneruskan hidup yang sebatang kara. Bukan kehendakku untuk jadi begini tapi aku terdesak. Terdesak dengan keadaan. Terdesak untuk tidak memalukan dan menconteng arang ke muka orang tuaku. Aku masih ingat lagi pertanyaan Shireen bila aku menyatakan keputusanku untuk menetap di sini.


"Kau dah fikir masak masak keputusan kau?"


Aku mengangguk. Di hati kecilku aku mengeluh panjang sambil melihat dan mengusap perutku yang akan kian membesar dalam beberapa bulan ini. Keputusanku muktamad. Aku harus pergi jauh dari sini secepat mungkin sebelum ia memboyot besar.


"Kau tak nak bagitau die pasal kandungan tu?" Dia bertanya lagi. Aku menggelengkan kepala."Kenapa? Ini anak dia? Kau tak rasa dia berhak...."


"Tak. Dia tak berhak sama sekali. Aku yang akan putuskan samada dia berhak atau tidak atas anak ini." Akhirnya aku bersuara. Shireen terdiam mendengar jawapan ku. Agaknya dia sudah mengagak aku akan berkata demikian. Agaknya dari tona suaraku, dia dapat mengagak yang aku kesal atas segala yang berlaku. Kalau lah aku tahu kesudahan semua ini, sememangnya aku akan mengelak daripada tergebak ke dalam kekalutan ini.


"Habis? Kau nak biarkan macam tu?" Aku mengangguk dan mengeluh panjang lagi. "Kau tahukan yang saya sentiasa akan menyokong apa saja keputusan kau? Orang macam tu memang tak layak untuk menerima kasih sayang daripada sesiapa pun" Aku menoleh ke arah kawan baikku. Aku tahu dia seperti aku kecewa dengan sikapnya. "Habis madu sepah dibuang." kata Shireen lagi. Seperti aku, Shireen pun tidak menyangka sama sekali yang dia sanggup buat aku sebegitu rupa. Setelah sekian lama kami berkawan, memang tidak kami sangka dia akan bersikap sedemikian rupa. Betul kata orang, tiada benda yang kekal abadi. Hubungan yang pada awalnya dibina atas dasar cinta musnah dengan tiba tiba atau aku yang bertepuk sebelah tangan. Aku sendiri tidak tahu. Aku merenung jauh. Hatiku terasa sakit yang teramat sangat. Kelopak mataku sudah mula membentuk air mata yang akan gugur jika aku benarkan.

"Sudah lah. Nasi dah menjadi bubur. Nak buat macam mana. Tak guna nak cakap lagi. Aku tahu kau masih sakit hati tapi dia dah memilih untuk bersama dengan perempuan tu. Aku rehda, Shireen. Aku pasrah." Aku cuba untuk menyejukkan hati kawanku itu. Aku seboleh bolehnya tidak mahu berbicara mengenai perkara tersebut. Sakit yang teramat sangat kalau diungkit lagi.


Perlahan-lahan aku membuka mataku kembali. Aku melihat keadaan sekelilingku. Sekarang segala galanya sudah banyak berubah. Aku bukannya aku yang dulu. Tetapi ada sesetengah perkara yang tidak akan berubah walaupun setelah sekian lama. Kenangan yang lepas akan sentiasa menemaniku. Namun begitu, kenangan bertahun lalu kembali umpama CD yang rosak. Rasa seperti semalam aku ke sini keseorangan melalui liku-liku hidupku yang baru. Membawa diriku yang patah hati.


"Mommy, how do I look?"


Aku tersentak dari lamunanku dan menoleh ke arah suara yang menyapaku. Mulutku mengukir satu senyuman apabila melihat kelibat anak tunggal ku yang segak menggayakan baju melayunya.
|
This entry was posted on 9:39 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 comments:

On August 31, 2009 at 4:36 AM , Unknown said...

teruskan menulis stacy:)